Wednesday, August 22, 2007

CARA MENINGKATKAN PERFORMANCE KOMPUTER ANDA

Seringkali dilihat pemilik komputer begitu taksub untuk memasang pelbagai jenis perisian di dalam komputer mereka, tetapi apabila pada suatu tahap komputer tersebut menjadi lembap atau 'lagging', mereka lebih suka untuk memformat semula komputer tersebut.

Sebenarnya tindakan memformat komputer anda dengan kerap adalah tidak wajar, kerana ia boleh memendekkan 'usia' cakera keras (hard disk) komputer anda. Contohnya tindakan memformat komputer dengan kerap boleh menyebabkan cakera keras mengalami kerosakan sektor (bad sector) yang akhirnya menghadkan penggunaan cakera keras. Malah dalam sesuatu keadaan, 'bad sector' ini akan menghalang anda memasang semula perisian Windows anda!

Antara langkah paling sesuai untuk menghalang anda memformat semula komputer adalah:


1. Kurangkan memasang (install) perisian. Cukuplah sekadar yang perlu bagi anda untuk melakukan tugasan harian yang penting. Ingat, komputer yang bagus ialah yang berprestasi tinggi, bukan perisian yang berjuta!


2. Padamkan (stop) aktiviti perisian yang tidak perlu dengan menggunakan 'msconfig'. Caranya:

i. Klik 'start', kemudian pilih 'Run..' .
ii. Taip 'msconfig' pada kotak 'Run' tersebut. Tekan 'ok'.
iii. Anda akan dapat lihat sebuah kotak baru bertajuk 'System Configuration Utility'.
iv. Pergi kepada menu 'startup'.
v. padamkan tanda pada kotak bagi perisian yang tidak perlu. Ini kerana kesemua kotak yang bertanda menandakan perisian yang akan bermula secara automatik apabila anda 'log in' ke dalam komputer anda.
vi. Sebagai panduan, pilih kotak bagi perisian yang paling diperlukan seperti perisian anti-virus. sesudah itu tekan 'apply' dan 'ok'.
vii. anda akan nampak kotak bertajuk 'system configuration'. pilih 'exit without restart'.


3. Membuang 'sampah' di dalam komputer anda. Caranya:

i. klik start > all programs > accessories > system tools > disk cleanup.
ii. sebuah kotak 'Select Drive' akan keluar. Pilih 'partition' anda, tekan ok.
iii. Untuk beberapa seketika, sebuah kotak baru akan keluar. Contoh: 'Disk Cleanup for (C:)'.
iv. Anda akan lihat senarai fail (files) yang tidak diperlukan dan boleh dipadam dengan selamat. Di sebelah kanan senarai ialah saiz fail yang tidak diperlukan. Pilih kotak bagi fail yang anda ingin bersihkan (delete).
v. Tekan 'ok'. Sebuah kotak meminta pengesahan anda. Pilih 'Yes'. Komputer anda kemudian akan memadam kesemua fail-fail 'sampah' tersebut.

Fail-fail ini sebenarnya fail sementara (temp files) yang disimpan oleh komputer sebagai kegunaan sementara semasa anda melayari internet, memasang perisian baru atau semasa komputer melakukan penyelenggaraan secara senyap (background process). oleh itu tidak menjadi masalah untuk memadamnya malah tidak merosakkan sistem komputer anda.


4. Menyusun fail dan perisian komputer anda.

Tujuannya ialah untuk memadatkan fail-fail dalam komputer anda supaya tidak melangkau jauh ke sektor tertentu dalam 'hard disk'. ini bertujuaan mempercepatkan proses capaian data oleh komputer setelah kesemua fail diletakkan berdekatan antar satu sama lain. Caranya:

i. klik start > all programs > accessories > system tools > disk defragmenter.
ii. sebuah kotak 'disk defragmenter' akan keluar.
iii. klik pada 'partition' pilihan anda pada kolum yang dipaparkan. Contoh: (C:).
iv. tekan butang 'defragment' untuk memulakan kerja penyusunan data. biarkan sehingga keluar kotak yang bertulis 'defragmentation is complete for:.....' kemudian tekan 'close'.
v. ulang semula langkah di atas jika anda mempunyai partition lebih dari 1.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home