Friday, August 24, 2007

VIRUS 'NEW FOLDER' - JANGAN BUKA!

Sebenarnya saya tidak tahu perkataan apakah yang paling sesuai untuk menggambarkan 'virus' ini. Walaupun kesannya agak besar, tetapi 'ia' sebenarnya bukanlah virus komputer yang merosakkan sistem operator komputer.

'New Folder' merupakan 'seekor virus' yang menyamar seperti sebuah 'folder'. Sekali pandang anda akan terlupa bahawa ia merupakan 'virus' yang memasuki komputer anda. Virus ini menyamar menggunakan nama 'New Folder'. Malah ada ketika ia menyamar dengan nama lain, terutama dengan nama direktori di mana ia dijumpai.



Contoh: Anda menjumpai 'folder' bernama "My Files" di dalam sebuah folder yang bernama "My Files" juga.

Simptom:

1. Apabila anda mengklik ikon folder ini, tiada apa-apa berlaku.
2. Anda tidak dapat mengakses 'task manager'. Task manager merupakan pusat pemantauan aktiviti program yang sedang 'run' di dalam komputer anda. Dengan menghalang akses ke sini, 'new folder' dapat menggandakan aktivitinya tanpa dapat dihalang oleh anda. Kesannya, banyak memori digunakan dan komputer anda menjadi semakin lembap.

3. Anda tidak dapat mengakses 'folder option' pada menu 'tools' (dalam 'my computer'). Folder option ialah tempat anda boleh mengakses 'hidden files' terutama fail-fail sistem yang perlu dijaga rapi supaya tidak tersalah padam dan menyebabkan kerosakan sistem komputer. Dengan menghalang akses ke 'folder option'. virus ini dapat memastikan dirinya tidak dapat dicari dan dipadamkan.

4. Anda tidak dapat mengakses 'registry editor'. Registry editor ialah tempat segala perisian komputer anda disetkan mengikut kaedah dan cara kerja ia berfungsi. Dengan menghalang akses ke 'registry editor', virus ini dapat mengekalkan identiti dirinya supaya setiap kali komputer dipasang, ia dengan automatik berfungsi.


Cara mengatasi :

1. Elakkan daripada mengklik folder bernama 'new folder' melainkan anda dapat mengecamnya. Virus ini merupakan sebuah 'aplikasi' yang bila diklik, ia akan memasang dirinya dengan automatik. Sebuah aplikasi menggunakan pengenalan sebagai 'Application' dan pangkal nama sebagai '.exe'. Untuk mengecamnya:

halakan mouse pada folder yang anda curigai. sebuah kotak 'tooltip' berwarna kuning akan keluar (klik gambar). Pada bahagian "Type" akan terpapar 'Application'. Jangan klik folder ini. Padamnya (delete) dan kosongkan 'recycle bin' anda.



2. Periksa "shared documents" anda. Selalunya virus ini suka mendiami fai perkongsian anda kerana ia bermigrasi dari satu komputer ke satu komputer melalui perkongsian, bukan internet.
Guna kaedah di atas untuk pengecaman dan buangkan jika anda temuinya.

3. Periksa pendrive/tumbdrive/mp3 player anda. Virus ini juga suka memasuki 'removable disk' supaya mudah untuk ia memasuki komputer lain. Di sini ia lebih suka menggunakan nama selain 'new folder'. Pastikan anda memeriksa setiap folder dari dalam pendrive anda dengan kaedah 1 di atas.

4. Jika ada sebuah folder mempunyai nama yang sama dengan direktorinya, periksa status 'Type'nya seperti langkah di atas.


Kesemua langkah di atas sebenarnya merupakan langkah pencegahan awal untuk mengelak anda daripada tertipu dan seterusnya mengklik 'folder' tersebut. Namun jika anda telah mengalami simptom-simptomnya, adalah menjadi kesukaran untuk anda membaikinya.

Hubungi saya untuk langkah seterusnya! ;)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home