Friday, August 24, 2007

VIRUS 'NEW FOLDER' - JANGAN BUKA!

Sebenarnya saya tidak tahu perkataan apakah yang paling sesuai untuk menggambarkan 'virus' ini. Walaupun kesannya agak besar, tetapi 'ia' sebenarnya bukanlah virus komputer yang merosakkan sistem operator komputer.

'New Folder' merupakan 'seekor virus' yang menyamar seperti sebuah 'folder'. Sekali pandang anda akan terlupa bahawa ia merupakan 'virus' yang memasuki komputer anda. Virus ini menyamar menggunakan nama 'New Folder'. Malah ada ketika ia menyamar dengan nama lain, terutama dengan nama direktori di mana ia dijumpai.



Contoh: Anda menjumpai 'folder' bernama "My Files" di dalam sebuah folder yang bernama "My Files" juga.

Simptom:

1. Apabila anda mengklik ikon folder ini, tiada apa-apa berlaku.
2. Anda tidak dapat mengakses 'task manager'. Task manager merupakan pusat pemantauan aktiviti program yang sedang 'run' di dalam komputer anda. Dengan menghalang akses ke sini, 'new folder' dapat menggandakan aktivitinya tanpa dapat dihalang oleh anda. Kesannya, banyak memori digunakan dan komputer anda menjadi semakin lembap.

3. Anda tidak dapat mengakses 'folder option' pada menu 'tools' (dalam 'my computer'). Folder option ialah tempat anda boleh mengakses 'hidden files' terutama fail-fail sistem yang perlu dijaga rapi supaya tidak tersalah padam dan menyebabkan kerosakan sistem komputer. Dengan menghalang akses ke 'folder option'. virus ini dapat memastikan dirinya tidak dapat dicari dan dipadamkan.

4. Anda tidak dapat mengakses 'registry editor'. Registry editor ialah tempat segala perisian komputer anda disetkan mengikut kaedah dan cara kerja ia berfungsi. Dengan menghalang akses ke 'registry editor', virus ini dapat mengekalkan identiti dirinya supaya setiap kali komputer dipasang, ia dengan automatik berfungsi.


Cara mengatasi :

1. Elakkan daripada mengklik folder bernama 'new folder' melainkan anda dapat mengecamnya. Virus ini merupakan sebuah 'aplikasi' yang bila diklik, ia akan memasang dirinya dengan automatik. Sebuah aplikasi menggunakan pengenalan sebagai 'Application' dan pangkal nama sebagai '.exe'. Untuk mengecamnya:

halakan mouse pada folder yang anda curigai. sebuah kotak 'tooltip' berwarna kuning akan keluar (klik gambar). Pada bahagian "Type" akan terpapar 'Application'. Jangan klik folder ini. Padamnya (delete) dan kosongkan 'recycle bin' anda.



2. Periksa "shared documents" anda. Selalunya virus ini suka mendiami fai perkongsian anda kerana ia bermigrasi dari satu komputer ke satu komputer melalui perkongsian, bukan internet.
Guna kaedah di atas untuk pengecaman dan buangkan jika anda temuinya.

3. Periksa pendrive/tumbdrive/mp3 player anda. Virus ini juga suka memasuki 'removable disk' supaya mudah untuk ia memasuki komputer lain. Di sini ia lebih suka menggunakan nama selain 'new folder'. Pastikan anda memeriksa setiap folder dari dalam pendrive anda dengan kaedah 1 di atas.

4. Jika ada sebuah folder mempunyai nama yang sama dengan direktorinya, periksa status 'Type'nya seperti langkah di atas.


Kesemua langkah di atas sebenarnya merupakan langkah pencegahan awal untuk mengelak anda daripada tertipu dan seterusnya mengklik 'folder' tersebut. Namun jika anda telah mengalami simptom-simptomnya, adalah menjadi kesukaran untuk anda membaikinya.

Hubungi saya untuk langkah seterusnya! ;)

Thursday, August 23, 2007

"Alphabet Replace" Ketika Menaip

Pernahkah ketika anda membetulkan ejaan menggunakan Microsoft Words dan dengan tidak disangka abjad di sebelah kanan 'terpadam' dengan sendirinya?

Contoh: Anda ingin menaip 'KAKAK' tetapi anda tertaip 'KAKK'. Anda ingin mengisi 'A' semula tetapi abjad 'K' terakhir terpadam dengan sendirinya (Lihat gambar).



Ia sering berlaku dengan tidak disedari dan membuatkan anda terpaksa menaip semula kesemua baris ayat yang selepasnya. Bagaimana membetulkan (fix) semula keadaan ini?

Cara:

Cari butang 'Insert' di sebelah butang 'Enter' pada keyboard. Tekan 'Insert' sekali sahaja. Keadaan akan kembali seperti biasa. ;)

Wednesday, August 22, 2007

HIASI 'BACKGROUND' FOLDER PENDRIVE ANDA DENGAN WALLPAPER

Anda pernah melihat 'pendrive' rakan yang mempunyai 'background' di dalam
setiap 'folder'nya? Bagaimanakah mereka melakukannya? Senang sahaja. lakukan secara
d.i.y (do it yourself):

1. Buka satu 'notepad' baru (start >all programs >accessories >notepad).
2. Salin atau 'copy' kod ini ke dalam notepad tersebut:

[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
IconArea_Image=AAA.bmp
IconArea_Text=0x00FFFFFF

3. 'Copy' satu fail gambar (jpg, bmp, gif dll) ke dalam folder tempat anda ingin letakkan 'background wallpaper' nanti.
Katakan fail tersebut bernama "Gambar.jpg".
4. PAda 'IconArea_Image=AAA.bmp'di atas, tukar "AAA.bmp" kepada nama fail anda. Contoh:
AAA.bmp => Gambar.jpg.
5. Save notepad anda dengan nama "desktop.ini".
6. Copy fail 'desktop.ini' anda ke dalam folder yang tersimpan fail gambar (cth: Gambar.jpg) itu tadi.

7. Tutup semua 'window'. Buka semula folder yg berisi desktop.ini dan Gambar.jpg tadi. Anda
akan lihat 'background' bagi folder anda adalah gambar (Gambar.jpg) tadi.

SELAMAT MENCUBA!

BAGAIMANA MENUKAR PENAMPILAN 'ICON' BAGI PENDRIVE/MP3 PLAYER ANDA



Bila anda menyambung (connect) pendrive pd pemacu usb komputer, komputer akan mengenali (recognize) pendrive anda dengan ikon yg sama bagi setiap 'removable device' yang lain (cth: camera, mp3 player dll). Bosan bukan? Apa kata anda letakkan ikon "Transformers" sebagai simbol pengenalan bagi pendrive anda!

1. buka satu notepad kosong. taip kod ini ke dalamnya:

[AUTORUN]
ICON=ICON.ICO
OPEN=AUTORUN.EXE

2. masukkan satu fail ikon (.ico) ke dalam pendrive anda. Ingat! bukan di dalam folder tetapi di
halaman muka pendrive anda (halaman pertama ketika pendrive dikesan oleh komputer)
3. fail ikon ini mestilah bukan .jpg/.bmp/.gif atau segala yang berformatkan gambar (.ico tidak sama dengan gambar). Katakan file ikon anda ialah AAA.ico.
4. pada kod di atas, tukar "ICON.ICO" kepada fail ikon anda (cth: ICON.ICO => AAA.ICO).
5. save notepad dengan nama "autorun.inf".
6. disconnect pendrive anda dan cabut dari pemacu usb.
7. pasang kembali pendrive anda kepada komputer.
8. pergi ke 'my computer'. nah, sekarang pendrive anda mempunyai ikon tersendiri!

CARA MEMBIARKAN PERISIAN 'TERBUKA' WALAUPUN KOMPUTER DIPADAMKAN

Jangan keliru. Kaedah ini sebenarnya bagi mereka yang seringkali keletihan membuat pelbagai tugasan tetapi tidak mahu terlebih dahulu menyimpan (save) atau menutup (close) perisian yang sedang digunakan.

Contoh: Anda sedang menggunakan Microsoft Words untuk membuat laporan amali anda. Oleh kerana terlalu letih, anda tidak mahu 'save' atau 'close' perisian tersebut supaya apabila anda menghidupkan semula komputer, ia akan memaparkan semula bahagian yang anda tinggalkan tadi.

CAranya:

1. halakan 'cursor' tetikus anda pada desktop komputer.
2. klik sebelah kanan pada 'mouse' dan pilih 'properties'.
3. pergi kepada 'screen saver'. di bahagian bawah tetingkap itu anda akan nampak ruangan 'monitor power'.
4. klik butang 'power'.
5. klik pada menu 'hibernate' dan tandakan kotak 'enable hibernation'.
6. pergi ke menu 'advanced'. pada bahagian 'power button', pada 'when i press the power buttonon my computer', pilih 'hibernate'.
7. klik 'apply' dan 'ok'.

apabila anda ingin 'switch off' komputer tetapi ingin memastikan perisian yang sedang diguna tidak ditutup, tekan butang "power" pada keyboard. jangan log off secara biasa. komputer akan padam dengan sendiri dan akan memastikan kerja-kerja yang anda tinggalkan masih boleh disambung apabila komputer dihidupkan semula.

Q&A

Q: Di mana letaknya butang 'power'?
A: Sebaris dengan butang F1 - F12 atau di atas butang 'print screen'. sesetengah keyboard menggunakan simbol bagi butang 'power' ini. pilih yang melambangkan 'home'.

Q: bagaimana jika butang masih tiada atau hibernation tidak berfungsi?
A: klik kanan (pada mouse) pada 'toolbar' (tempat di mana letaknya butang 'start', jam komputer dsbnya), dan pilih 'task manager'. pergi kepada menu 'shut down', pilih hibernate.

Q: perisian apakah yang sesuai dibiarkan terpasang ketika 'hibernation' digunakan?
A: apa-apa sahaja kecuali media player dan 'download manager'. ini kerana fail yang sedang didownload tidak akan 'pause' meskipun anda memadamkan komputer!

TIDAK DAPAT MEMASUKI AKAUN KOMPUTER ANDA? LUPA KATA LALUAN?

Bagi pemilik komputer peribadi, penggunaan kata laluan atau 'password' untuk mengakses komputer adalah sesuatu yang wajib dan mustahak. ini bagi memastikan tiada pengguna lain dapat menggunakan komputer anda dan seterusnya mengakses fail-fail sulit (sulit?) di dalam komputer anda. Namun ada beberapa kes terjadi melibatkan pemilik komputer yang terlupa kata laluan.

Terdapat dua cara untuk mengelaknya, terutama bagi pengguna perisian Windows (XP).

Log masuk sebagai "Administrator'

1. Setelah anda menghidupkan komputer, di halaman 'welcome page', yakni di mana keluarnya arahan memasukkan kata laluan, tekan butang Ctrl + Alt + Del secara serentak beberapa kali.
2. sebuah kotak arahan baru akan keluar untuk meminta anda memasukkan kata laluan.
3. Taip "Administrator' pada ruangan nama pengguna dan biarkan kosong pada ruangan kata laluan. kemudian tekan 'Enter".
4. jika anda bernasib baik, anda akan berjaya log masuk semula komputer anda. ini kerana kaedah ini hanya berjaya bagi pengguna yang menggunakan sesetengah perisian Windows XP sahaja.


'BAck-up' password anda

kaedah ini mesti dilakukan sebelum tibanya waktu anda terlupa kata laluan ;).
anda memerlukan sekeping disket (ya, disket!) untuk melakukan kaedah ini.

1. masukkan sekeping disket ke pacuan floppy A di cpu komputer anda.
2. klik 'start' > 'control panel'.
3. klik pada 'User Accounts'. sebuah kotak baru memaparkan setiap akaun pada komputer anda.
4. klik pada akaun anda, terutama yang memiliki password.
5. pada panel sebelah kiri, pada 'related task', klik 'prevent a forgotten password'.
6. sebuah kotak baru akan keluar. klik 'next'.
7. jika anda sudah memasukkan disket, klik 'next' sekali lagi.
8. masukkan kata laluan yang anda guna ketika ini pada arahan berikutnya iaitu pada arahan 'current user account password'. klik 'next'.
9. setelah itu komputer akan menyalin data ke dalam disket sebagai back up. simpan disket ini dengan baik untuk kegunaan nanti.



Q&A

Q: Bagaimana menggunakan disket ini?

A: 1. di halaman 'welcome page', masukkan disket tadi.
2. klik pada salah satu butang di sebelah kotak password. komputer dengan sendiri akan membaca password untuk anda.


Q: Saya masih belum berjaya. Bagaimana?
A: Ada 2 alternatif lagi:

1. BAca kaedah di sini
2. ANda terpaksa format komputer anda! ;p

CARA MENINGKATKAN PERFORMANCE KOMPUTER ANDA

Seringkali dilihat pemilik komputer begitu taksub untuk memasang pelbagai jenis perisian di dalam komputer mereka, tetapi apabila pada suatu tahap komputer tersebut menjadi lembap atau 'lagging', mereka lebih suka untuk memformat semula komputer tersebut.

Sebenarnya tindakan memformat komputer anda dengan kerap adalah tidak wajar, kerana ia boleh memendekkan 'usia' cakera keras (hard disk) komputer anda. Contohnya tindakan memformat komputer dengan kerap boleh menyebabkan cakera keras mengalami kerosakan sektor (bad sector) yang akhirnya menghadkan penggunaan cakera keras. Malah dalam sesuatu keadaan, 'bad sector' ini akan menghalang anda memasang semula perisian Windows anda!

Antara langkah paling sesuai untuk menghalang anda memformat semula komputer adalah:


1. Kurangkan memasang (install) perisian. Cukuplah sekadar yang perlu bagi anda untuk melakukan tugasan harian yang penting. Ingat, komputer yang bagus ialah yang berprestasi tinggi, bukan perisian yang berjuta!


2. Padamkan (stop) aktiviti perisian yang tidak perlu dengan menggunakan 'msconfig'. Caranya:

i. Klik 'start', kemudian pilih 'Run..' .
ii. Taip 'msconfig' pada kotak 'Run' tersebut. Tekan 'ok'.
iii. Anda akan dapat lihat sebuah kotak baru bertajuk 'System Configuration Utility'.
iv. Pergi kepada menu 'startup'.
v. padamkan tanda pada kotak bagi perisian yang tidak perlu. Ini kerana kesemua kotak yang bertanda menandakan perisian yang akan bermula secara automatik apabila anda 'log in' ke dalam komputer anda.
vi. Sebagai panduan, pilih kotak bagi perisian yang paling diperlukan seperti perisian anti-virus. sesudah itu tekan 'apply' dan 'ok'.
vii. anda akan nampak kotak bertajuk 'system configuration'. pilih 'exit without restart'.


3. Membuang 'sampah' di dalam komputer anda. Caranya:

i. klik start > all programs > accessories > system tools > disk cleanup.
ii. sebuah kotak 'Select Drive' akan keluar. Pilih 'partition' anda, tekan ok.
iii. Untuk beberapa seketika, sebuah kotak baru akan keluar. Contoh: 'Disk Cleanup for (C:)'.
iv. Anda akan lihat senarai fail (files) yang tidak diperlukan dan boleh dipadam dengan selamat. Di sebelah kanan senarai ialah saiz fail yang tidak diperlukan. Pilih kotak bagi fail yang anda ingin bersihkan (delete).
v. Tekan 'ok'. Sebuah kotak meminta pengesahan anda. Pilih 'Yes'. Komputer anda kemudian akan memadam kesemua fail-fail 'sampah' tersebut.

Fail-fail ini sebenarnya fail sementara (temp files) yang disimpan oleh komputer sebagai kegunaan sementara semasa anda melayari internet, memasang perisian baru atau semasa komputer melakukan penyelenggaraan secara senyap (background process). oleh itu tidak menjadi masalah untuk memadamnya malah tidak merosakkan sistem komputer anda.


4. Menyusun fail dan perisian komputer anda.

Tujuannya ialah untuk memadatkan fail-fail dalam komputer anda supaya tidak melangkau jauh ke sektor tertentu dalam 'hard disk'. ini bertujuaan mempercepatkan proses capaian data oleh komputer setelah kesemua fail diletakkan berdekatan antar satu sama lain. Caranya:

i. klik start > all programs > accessories > system tools > disk defragmenter.
ii. sebuah kotak 'disk defragmenter' akan keluar.
iii. klik pada 'partition' pilihan anda pada kolum yang dipaparkan. Contoh: (C:).
iv. tekan butang 'defragment' untuk memulakan kerja penyusunan data. biarkan sehingga keluar kotak yang bertulis 'defragmentation is complete for:.....' kemudian tekan 'close'.
v. ulang semula langkah di atas jika anda mempunyai partition lebih dari 1.

INGIN BERKONGSI PAPARAN DESKTOP ANDA?

Anda sering tertanya, bagaimana untuk memaparkan kemasan dekstop anda kepada orang lain? Bagaimana mendapatkan 'screenshoot'untuk sesuatu paparan pada komputer anda? Ikuti langkah ini;

1. Cari butang "print screen" pada papan kekunci (keyboard) anda. Ia terletak samada di barisan kekunci F1 - F12 atau di bahagian 'kekunci 13'.



2. Pilih paparan yang ingin anda simpan sebagai gambar. Kemudian tekan butang "print screen" sekali.

3. Buka "Paint" (Start >All Programs >Accessories >Paint).

4. Pada halaman "Paint", pergi kepada menu "Edit" dan pilih "Paste".



5. Paparan yang anda pilih tadi akan terpapar di sini.

6. Kemas kinikan gambar tersebut dan simpan di direktori pilihan anda.



SELAMAT MENCUBA!

Monday, August 20, 2007

INGIN MENONTON TV SECARA ONLINE?

Tahukah anda bahawa UKM mempunyai siaran televisyen onlinenya yang tersendiri? Ya, anda boleh melayarinya di http://webmail.ukm.my/siaran.html

Q&A

Q : Apakah jenis pemain media yang perlu digunakan?
A : Windows Media Player 9 dan 10.

Q : Bolehkah WMP 11 digunakan?
A : Tidak, kerana server belum di naik taraf untuk perisian terbaru termasuk Windows Vista.

Q : Mengapa terdapat 'error' setelah butang pilihan ditekan?
A : Mungkin talian internet LAN lembap atau mengalami masalah sambungan.

Q : Bolehkah siaran tv di simpan sebagai 'playlist'?
A : Boleh, ia memudahkan anda untuk mencapainya nanti. Caranya:

1. Pergi ke menu wmp 9/10 anda.
2. Pilih 'file' kemudian 'save now playing list as...'
3. Simpan di tempat yang anda pilih dan tekan 'save'.
4. 'Double click' playlist yang anda simpan tadi untuk menonton semula tv online.

Q : Mengapakah terdapat masalah visual pada siaran tv?
A : Tv online sedang dinaik taraf. Harap bersabar ;)

Sunday, August 19, 2007

LOGO BARU UKM

Muat turun logo terbaru UKM ini untuk kegunaan ilmiah anda.

Link:

http://pkukmweb.ukm.my/~fst/Graphics/logo-ukm.gif